Sunday, August 28, 2011

selepas 11 minggu

akhirnya. boleh jalan jalan tanpa risau di ambush oleh jabatan agama islam. hehe

cop. apsal saya putih dari bb ni? confusing sungguh.










p/s: sekarang berada di kuantan. tahun pertama beraya sebagai isteri dan dapat raya kampung sendiri dulu. wuuuuuu nikmat! hehe

Tuesday, August 23, 2011

selepas 10 minggu


hari hari terkahir sebelum muncul hari raya.
so macam mana dengan puasa korang?

saya seronok berpuasa tahun ni. lain dari lain.
sebenarnya entry ni nak buat pendek je.
dan tiada gambar juga ok.

ya orang orang kampung!! ini ada suatu pemberitahuan!!!

suami saya pandai masak!!!!!!!!!
tepuk tangan untuk suami saya!!!

sepanjang bulan puasa ni ada la beberapa kali suami saya masak untuk bersahur. ye suami saya rajin kan?

antara juadah yg suami saya masak adalah ayam masak merah, nasi goreng ciptaan sendiri, dan popia otak otak.

tepuk tangan!!!!!


ok gambar ini hanyalah hiasan.
itu suami saya dan disebelahnya itu isteri dia



Wednesday, August 17, 2011

selepas sembilan minggu (nak masuk 10 minggu :p)

salam ramadhan rakan rakan.
macam mana dah separuh ramadhan?
cepat kan masa berlalu?

pengalaman pertama berpuasa sbg isteri dan sudah semestinya bertanggungjawab utk melayan suami mengajar saya banyak perkara.


saya dah mula MEMASAK!!! weeeee.
(kalau fikah ni sure terkejut kalau tau sy memasak :p)

untuk mula mula masak simple simple je la kan.
tapi saya takde pulak nak amek gambar apa yg saya masak. malu lah.
amatur punya food presentation tau tau je la.

tapi perasaan bila suami cakap, "thanks b for the food" adalah surreal!!!!!
tak sangka saya dah boleh diharap (selama ni dok berharap kt orang lain je :p)



meh saya share sikit aktiviti harian saya sepanjang bulan ramadhan ni :D

4.30 pagi: bangun dan masak sahur (dah siap siap fikir nak masak apa untuk sahur sebelum tidur lagi)

5.10 pagi: kejut suami dan makan sahur

5.45 pagi: kemas kemas dapur, mandi, solat, dan siap siap untuk ke pejabat.

6.45 pagi: naik komuter ke kl

7.45 pagi: sampai office

4.30 petang: pecut balik

6.00 petang: kalau sempat saya akan masak untuk berbuka, tapi most of the time adalah tak sempat sebab KTM lembab kadang kadang sampai rumah pukul 7, so saya dan suami memilih juadah di bazar sahaja. :D

7.30 malam: azan!!! jom berbuka!!!

8.00 malam: mandi, solat maghrib, mengaji, solat isyak, solat terawih (saya belum berkesempatan untuk jemaah di masjid. jemaah di rumah berimamkan suami sahaja)

10.00 malam: goreng kudap kudap atau makan dessert yg di beli di bazar tadi dan makan sambil lepak tengok tv dalam bilik. (masa ni lah suami agak meminta2 :p. nak buah la, nak air oren la, nak teh o ais la, nak cereal la. hehe. tapi saya seronok :D)

12.00 malam: baca doa tidur ye rakan rakan.



takde la beza mana nak banding dengan bukan bulan puasa, tp yg lain nya adalah sy berpeluang untuk memasak di bulan ramadhan ni since MIL ke mekah menunaikan umrah sampai raya, so kena la pandai pandai nak makan sendiri kan.
kalau MIL ada, fuuuhhhhhh makan!! terbaek!!!! (thanks ma! :D)
walau macam mana pun, mana boleh ada orang lawan mak sendiri masak kan? ibu!! next week along balik!! masak sesedap yeee!!





"bb abe ni pandai laaa" - suamiku, Ramadhan 2011


Tuesday, August 2, 2011

selepas lapan minggu

hi salam ramadhan rakan rakan!!!!
macam mana setakat dua hari puasa ni? boleh survive lagi ke?

tahun ni adalah tahun paling bermakna sebab this is my first Ramadhan as a wife!!!!
tapi cerita Ramadhan bersama suami kita simpan untuk entry nanti nanti ye.

beberapa hari sebelum Ramadhan, saya dan bb pergi la shopping sikit sikit barang untuk sambut Ramadhan ni.

shopping bersama bb memerlukan kesabaran yang tinggi (phewwww)
sebab bb adalah orang yg sangat teliti. setiap barang yg nak beli, kena tanya dulu "do we need this?", "halal atau semi-halal (ni yg halal tp x dpt halal dari JAKIM- ala mcm Babrican tuuu), dan macam macam persoalan yg akan diutarakan.

tapi shopping dengan suami syok! sebab tak payah keluar duit!! muahahaha.
yela. tanggungjawab suami kan? kan? nafkah tuuuuu.

sebab tu la sampai sekarang saya tak beli lagi iron baju (ye saya tak dapat langsung iron baju untuk hadiah perkahwinan seperti yang diharap-harapkan.)
sebab setiap kali jumpa iron yg ok, masa tu sure tgh window shopping sengsorang ke dengan si semut ke. so hold dulu. kena tunggu bb ada jugak. weeeeeee

ha. nak beli kicap pun, dia dok tenung rak kicap tu sampai 5 minit.


"guna bakul je. kalau trolley nanti ji amek banyak barang" - pffftttttt


ha tu dok risau la tu berapa lagi habis shopping kat giant tu :p



p/s: kitaorang dah decide tahun ni beraya kampung mana dulu.
korang dah? (eh korang tak kawen lagi kan? so jgn dok gegatal balik kampung boifren/gilfren ye. gi balik jenguk mak abah kt kampung tu.nanti dah kawen mula la rindu rindu kampung halaman. eh aku dah kenapa emo?)




Monday, July 25, 2011

selepas tujuh minggu

baru la berpeluang untuk pulang ke kampung halaman.
istimewa kali ini kerana saya pulang bersama suami.
weeeeeeeee
kan seronok kalau dapat pulang membawa berita gembira.
berita si kecil.
ahh persetankan!
belum rezeki kan??



rasa tak cukup 2 hari di kuantan.
dah rindu semua orang.
gambar? tak banyak yang dirakamkan.
so tak payah la eh.



yang pasti satu perkara yang telah berubah adalah,
saya dah tak boleh tidur dalam kereta masa trip!!!!
ye laaaa. sekarang dah kena teman suami memandu.
kena la duduk membebel kat telinga dia.

"eh b signal mana?"
"eh b laju nya!! dah lama hidup? anak pun takde lagi!!"
"eh b, slow nya bawak. makan angin ek?"

ye itulah isteri.
:D




Thursday, July 21, 2011

selepas enam minggu (part 2)


semua married couple mesti nak ada cahaya mata sendiri kan?
zuriat dari darah daging sendiri.
same goes to us.
dulu sebelum kawen, saya dah buat deal dgn bb untuk tak nak ada anak awal awal. at least not within our first two years.
tapi bila dah kawen, dan tengok baby orang, perasaan nak ada anak sendiri tu membuak buak. like seriously.
saya dah mula survey buku buku yg bagus untuk growing a kid. buku bagus untuk ibu mengandung.
lepas tu dah buat research kat internet tentang stage of pregnancy. what to expect semua tu la.





and yesterday we went to watsons.

apa yg bb kusyuk compare kan tu? ya itu adalah home pregnancy test. saya ada buat research jugak pasal home pregnancy test ni dan we decided to buy one.
bb excited ok dok compare kan benda tu. "nak cari mana lagi bagus. yang 99% accurate" itu kata bb. :p





and we bought this. Watsons one step pregnancy test. this cost us (read bb) RM12. not bad la kan?
ok tak sabar nak guna tak sabar nak guna!!! ok kena sabar. sbb dari apa yg saya baca, masa yg paling baik untuk gunakan ini adalah ketika bangun pagi. our first pee in the morning contain a lot of apa eh menatang tu HPG ke apa ntah yg bawak info pasal pregnancy la.




ya saya baca satu satu instruction dia ok.
kalau result positif (pregnant), kaler dia akan jadi 2 jalur. kalau negatif ada satu jalur je.
ala macam kat bawah ni. (source:google)





dan pagi pagi tadi, terus kejut bb sebab saya nak buat test ni (eh dah kenapa nak kejut bb pulak kan? masuk toilet sorang sorang je? of course la. suami pun kena tumpang excited jugak).
ok berdebar gila. result akan dapat lepas 1 minit.







resultnya?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
10 saat
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
30 saat
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
50 saat
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
1 minit 10 saat

eh terlajak.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



negatif.


saya sedih. bb pun sedih. mungkin belum rezeki.

kalau saya tak period lagi hari ni, esok pagi saya nak cuba lagi.
doakan ye.





Wednesday, July 20, 2011

selepas enam minggu


bb kerja kat cyberjaya
saya pulak dekat kuala lumpur
dan kami tinggal di shah alam
sangat out of the way kan?

kadang kadang saya melawat bb di cyberjaya (bb je tak pernah melawat saya di kuala lumpur)
tapi melawat lepas office hour la. (i mean normal office hour 830am-530pm).
bb punya office flexi hour.
saya suka melawat bb sebab dapat naik ERL
ERL laju. kl sentral - putrajaya/cyberjaya less than 20 minutes.
kalau kl sentral - shah alam adalah 50 minit ye rakan rakan dan itu lah yg saya alami hari hari.
dan suasana dalam ERL tu best!


syok kan? :D




ok sila abaikan ini


last week saya datang lagi ke office bb untuk teman bb conference meeting. selalu nya bb meeting dari rumah je. tapi ada problem kalau meeting kat rumah, so kena la meeting dari office.
pelik kan meeting malam-malam?
kena deal dengan US la israel la india la. tu kena ikut masa diaorang.

dan bila boring dan tak faham apa yg dibualkan dalam net meeting itu, ini la yang terjadi.


oh yang 2 dari 3 cawan nescaffe itu mengandungi air la dan satu lagi tu penuh dengan creamer. ye saya suka meratah creamer. sedap wooooooooo.



p/s: minggu ni saya dan bb akan pulang ke kuantan!!!! yeah!! dah lama tak balik kuantan rasanya. ececece. walhal baru kawen tak sampai 2 bulan dan rindu rindu rumah. eh ibu yg rindu i tau. (walhal muka ni la yg dok telepon ibu hari hari.)