Thursday, January 13, 2011

tajuk? takde :p

mereka sangat excited
saya apatah lagi
tak sabar nak update tentang itu nanti..
tapi biar lah ada benda yang hendak di update...
rakan2, doakan segala nya berjalan lancar ya..



saya tak ready apa2 pun lagi...
ok gelabah
bye

Tuesday, January 11, 2011

tik tok


save the date

Tuesday, January 4, 2011

hari pertama

first day at office:

1. so far, they all have been very nice towards me.
2. i got my partition, my table, my chair.. (someone warned me about newbies will sit on the floor on their first day because the office is not ready to have the new comers. but i guess, she's wrong. hai zaza *lambai*lambai*
3. i got my pc :)
4. they gave me the stationery...seronok! mcm budak baru masuk sekolah dapat segala benda baru *lompat*lompat*
5. my boss change my position from product marketing to customer management.. i'm not sure weather this is a good or bad thing... pray for the best.
6. i guess i'll love my job :)
7. i read the job terms of reference. at the 'job minimum requirement', it stated bachelor in accounting/business administration/marketing or related field. so obviously i don't meet the requirement :p but i'll try my best to learn something new :)



p/s: tried to upload a picture, but failed! adakah office tak kasi? :p will try to upload it another time..

Tuesday, December 21, 2010

berzaman

haih...
been away from this blog since forever i think...
streamyx was down for 1 week plus plus...
tak feel online blog guna BB..tak puas...



i'm hired!!!
will blog about it later k..
sekarang tengah pening nak cari rumah sewa dulu...

Friday, December 3, 2010

ANTM 15: Congratulation!!!!

CONGRATULATION ANN!!!!!
let's go through this 6'2" girl's portfolios







Sunday, November 21, 2010

20.11.2010

love :)





love u bb...


Tuesday, November 9, 2010

aku, bas mara liner, dan kemalangan

selalu selak2 surat khabar baca cerita pasal bas eksiden..dalam hati, "ya Allah, lindungi la aku dari segala jenis malapetaka..." tapi kalau Allah nak satu2 perkara tu jadi, ia akan jadi jugak...
ahad 2 minggu lepas, aku kena ke melaka untuk presentation idustrial training...


fakta 1

hari tu, setelah sekian lama tak naik bas ke melaka dari kuantan, (selalunya aku akan amek bas dr kuantan ke shah alam, dan ke melaka bersama bb dan NU 7777 nye...), tapi kali ni, aku decide nak straight terus ke melaka dari kuantan..selain faktor kewangan yang x mengizinkan nak pusing satu donia nak ke melaka, nak jugak la refresh memory masa bergelar student dulu...setiap kali balik ke melaka semula lepas cuti, kalau tak ibu abah hantar, memang bas MARA LINER la jadi kenderaan rasmi...



fakta 2

seingat akal fikiran aku ni, selama 5 tahun aku berulang alik kuantan-melaka, tak pernah sekali pun aku naik bas mara liner kaler lain selain dari bas kaler kelabu...TAPI di hari itu, aku naik bas kaler gold..(maybe ada rombakan bas kot tanpa aku ketahui)



fakta 3

aku ni jenis kaki tidur dalam segala kenderaan kecuali NU 7777 sebab kena teman bb drive..dan setiap kali naik bas, mata aku hanya terbuka kalau bas tu berhenti di mana2 perhentian je..selagi tayar bas tu berputar, mata aku akan sentiasa tidur...TAPI di hari tu, mata aku memang berat nak tidur..di pendekkan cerita, aku memang tak tidur pun sepanjang perjalanan tu..



fakta 4

terdetik di hati, KALAU la bas eksiden, nak call siapa dulu ek? ibu? abah? bb? polis? ok dah set dalam otak, call bb dulu! (selama ni aku tak pernah buat perangai nak fikir menda2 ni okay..)



fakta 5

aku ni jenis memang la malas untuk turun di mana2 perhentian pun..TAPI hari tu, masa bas berhenti di Segamat, aku turun jugak..dalam hati terdetik 2 perkara.. satu, "nak turun gi toilet la..buat nya bas ni lambat sampai, mana nak cari toilet.." dan dua, "eh nak beli top-up la..mane la tau emergency kat mana2 kang, mana nak beli top-up..(walhal kredit cukup je kalau setakat nak call bb mintak tolong fetch kt melaka nanti..tapi lebih dari itu, memang tak cukup...) "



fakta 6

selama ni aku selalu akan keluarkan segala jenis benda letak atas peha..ipod, handphones, gula2, mineral water dan sebagainya.. TAPI hari tu, aku kemas2 semua letak elok2 dlm beg dan plastik.. blackberry yang selama ni berada di tangan pun di letak dalam beg...



lepas lebih kurang 15 minit perjalanan dari perhentian segamat, dengan keadaan bas yang dipandu perlahan (sebab hujan lebat ya amat oiii), tiba2.. BOOOMM!!!!!!!!... beg yang diletak atas peha jatuh ke lantai..badan aku pun terdorong ke depan... aku blank sgt masa tu..yang aku dengar bunyi kaca bertaburan..bila tengok depan, tengok cermin sebelah driver dah berkecai....................



dari dalam bas..


bahagian depan bas...



tepi bas...






dan ini lah kenderaan yang telah melanggar bas kiteorg....

dalam bulatan merah itu adalah PEMANDU lori tersebut...pelik kan mcm mana die boleh ada kt tempat co-driver...mengikut cerita, bila driver lori tu dah dapat agak yang lori dia akan hentam bas, dia cepat2 lari tempat co-driver...tindakan tu agak bijak la, sebab kalau dia stay kat tempat driver, tak tau la apa nasib dia... dan yang tak bijak nya, sebab siapa yang nk control lori? siapa yang tekan brek?? lepas hentam bas, lori tu still bergerak dalam 50 meter sebelum terlanggar tiang elektrik yang batu tu...

remuk




tapi Alhamdulillah, Allah lindungi kami semua...tiada siapa yang cedera melainkan driver lori tu...


lepas tu merasa la pose2 tepi jalan nak tunggu bas ganti yang hanya datang 3 jam setengah selepas kejadian... glamer la skejap bila kenderaan yang tgh jam disebabkan eksiden tu amek2 gmbar kiteorg + siap yang interview lagi...





pengalaman ni tak buatkan aku serik nak naik bas lagi..bagi aku, kalau sesuatu perkara nak jadi, ia akan jadi jugak tak kisah la naik bas ke kereta ke motor ke even jalan kaki pun... yang boleh kita buat adalah doa dan tawakal... DAN JANGAN BAWAK KENDERAAN LAJU-LAJU!!!!