Bridal Program
Week 1
1. choice of Facial Works
pilihan saya:
Tanamera Mangir
apa yang perlu dijangka:
kena salin pakaian ke kain kemban yang disediakan. ya, buka semua. jangan risau. sbb spa ni hanya untuk perempuan sahaja. pekerja, bos, pelanggan, semuaaaa perempuan. dan pintu spa akan dikunci setiap masa untuk keselamatan pelanggan. jadi, jangan risau. dan saya diberi satu bilik private untuk rawatan muka + salin baju. pelanggan akan pegang sendiri kunci almari yang menyimpan segala harta benda.
skor:
4 bintang
2. Hairworks
apa yang perlu dijangka:
diberi bath robe sebab rawatan ni dilakukan di bahagian rawatan rambut (di luar private room).bau kelapa yang akan menusuk hidung. tapi saya suka! wangi! bahagian kulit kepala dan leher juga akan diurut. syokkk!!!!
oh bahagian bahu dan belakang juga akan diurut. tapi ni sakit sikit bagi mereka-mereka yang bekerja menghadap komputer 24 jam. stiff shoulder la katakan.
skor:
4 bintang
3. Himalayan Foot Spa
apa yang perlu dijangka:
tungku dia panas! tapi lama-lama okay la. dia scrub kaki kita guna salt, so agak kasar dan sedikit sakit. tapi untuk buang segala sel sel kulit mati, apa salah nya kan? beauty is pain. tapi lepas tu kaki berkilat kilat. terus rasa macam nak pakai short skirt (kalau tak haram la. KALAU)
skor:
4 bintang
saya dapat 20% diskaun. jadi total RM720. Kena bayar terus masa datang untuk 1st week. dan untuk minggu seterusnya, datang bawak resit je.
tak sabar untuk minggu ke 2!!!!