Showing posts with label suamiku. Show all posts
Showing posts with label suamiku. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

selepas 10 minggu


hari hari terkahir sebelum muncul hari raya.
so macam mana dengan puasa korang?

saya seronok berpuasa tahun ni. lain dari lain.
sebenarnya entry ni nak buat pendek je.
dan tiada gambar juga ok.

ya orang orang kampung!! ini ada suatu pemberitahuan!!!

suami saya pandai masak!!!!!!!!!
tepuk tangan untuk suami saya!!!

sepanjang bulan puasa ni ada la beberapa kali suami saya masak untuk bersahur. ye suami saya rajin kan?

antara juadah yg suami saya masak adalah ayam masak merah, nasi goreng ciptaan sendiri, dan popia otak otak.

tepuk tangan!!!!!


ok gambar ini hanyalah hiasan.
itu suami saya dan disebelahnya itu isteri dia



Wednesday, July 20, 2011

selepas enam minggu


bb kerja kat cyberjaya
saya pulak dekat kuala lumpur
dan kami tinggal di shah alam
sangat out of the way kan?

kadang kadang saya melawat bb di cyberjaya (bb je tak pernah melawat saya di kuala lumpur)
tapi melawat lepas office hour la. (i mean normal office hour 830am-530pm).
bb punya office flexi hour.
saya suka melawat bb sebab dapat naik ERL
ERL laju. kl sentral - putrajaya/cyberjaya less than 20 minutes.
kalau kl sentral - shah alam adalah 50 minit ye rakan rakan dan itu lah yg saya alami hari hari.
dan suasana dalam ERL tu best!


syok kan? :D




ok sila abaikan ini


last week saya datang lagi ke office bb untuk teman bb conference meeting. selalu nya bb meeting dari rumah je. tapi ada problem kalau meeting kat rumah, so kena la meeting dari office.
pelik kan meeting malam-malam?
kena deal dengan US la israel la india la. tu kena ikut masa diaorang.

dan bila boring dan tak faham apa yg dibualkan dalam net meeting itu, ini la yang terjadi.


oh yang 2 dari 3 cawan nescaffe itu mengandungi air la dan satu lagi tu penuh dengan creamer. ye saya suka meratah creamer. sedap wooooooooo.



p/s: minggu ni saya dan bb akan pulang ke kuantan!!!! yeah!! dah lama tak balik kuantan rasanya. ececece. walhal baru kawen tak sampai 2 bulan dan rindu rindu rumah. eh ibu yg rindu i tau. (walhal muka ni la yg dok telepon ibu hari hari.)

Monday, July 11, 2011

selepas lima minggu

sebelum dan selepas berkahwin.
i was wrong.
do you think things will run smoothly? no way!
saya sudah mula merasakan dugaan dan cabaran alam rumahtangga.
perselisihan faham antara suami isteri? sedangkan lidah lagi tergigit. apatah lagi suami isteri.
itu belum lagi dugaan dari pihak ketiga keempat kelima dan seterusnya.
Ya Tuhan, bukan ini yang aku bayangkan.
Tapi Alhamdulillah, saya punya suami yang cukup bertoleransi.
suami yang cukup memahami.
suami yang cukup sabar.

"it's ok b. will figure out everything together."
"i'm gonna stay by your side. don't worry"
"kita doa sama sama semoga Tuhan tunjuk jalan ye"

God knows how much i love u, husband.
Thanks b.




Monday, June 20, 2011

selepas dua minggu

aktiviti suami dan isteri di pagi ahad
nak main basikal kat bukit cerakah, bukan main ramai orang. syarat si isteri pada suami "ji nak naik basikal jugak!! takde basikal tak nak turun kereta". so orang ramai, basikal pun dah habis.

balik semula ke rumah, amek basikal kt rumah, bawak pergi tasik dekat dgn rumah tu je. si suami berjogging, si isteri merempit basikal. siap buat bunyi "vrooom vroooom", "phewitt abang jogging. boleh ngorat?"
siap si suami kata, "sebijik mat remps". sabar je la.

dah habis pusing tasik 2 round, suami dan isteri pun pulang ke rumah. tak puas lagi berjalan jalan di pagi hari katanya.

pergi pulak tasik shah alam yg sebesar besar alam tu.
dan si suami dan si isteri buat kerja gila. (si suami paksa sebenarnya). pusing satu tasik tu dengan berjalan kaki. lalu masjid shah alam tu, lalu tepi pkns, lalu muzium, lalu laman budaya, lalu wetworld. hamekkkkk. "b, kalau kaki ji sakit, bb urut aaaa nanti" (malangnya, kaki si isteri tak sakit pulak.haishh)



si suami & si isteri


ha, nak mandi sangat dalam tasik kan? silakannnnn


ha, dah kau pun sama? apa apa je la oiiiii


*inner peace*


"lu pehal bro?"


wooooopsssss (air guitar hero)

gambar seterusnya ni sangat menggelikan. jgn scroll kalau nak selamat
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ok sila tutup blog ini sekarang!






Monday, June 13, 2011

selepas seminggu

selepas seminggu:

1. bila keluar makan dgn bb, kitaorg still lg borak sakan, dan lepas tu baru sedar, "eh b, kita ni borak mcm lepas ni tak jumpa lagi je. last time i check, kita satu rumah kan?"

2. main osom utk tentukan siapa yg kena mandi dulu. dan most of the time, bb yg menang osom (i think he reads mind), tapi yg si kalah ni selalu je buat muka kesian, "ala bb, bb la mandi dulu".. dan bb pun mengalah dgn isterinya, last2 dia yg mandi dulu.. :D

3. berebut lompat atas katil dulu, sbb tak nak tutup lampu sebelum tidur.. dan mcm biasa, bb akan mengalah dgn isterinya ini.. :D

4. bb dah lain. serious.. i've known him for 5 years now and bb sangat lain sebelum dan selepas kawen. in a good way of course. syukur Alhamdulillah.

5. dan saat yang paling best adalah masa solat. perasaan dapat solat jemaah dengan seorang insan yg bernama suami ni, memang tak dapat di gambarkan. rasanya lepas habis sekolah menengah dulu, baru beberapa kali je solat jemaah (ya, i was in boarding school where solat jemaah is a must, lagi lagi kalau kau junior :p), tu pun mungkin solat jemaah terawih dan hari raya je kot? :D



untuk bb,
terima kasih sebab melayan seorang isteri yg sgt mengada ini.
love u b.

"sekarang dah jadi isteri, walau macam mana pun, apa yg ji mintak, mesti abe kena layan." - wan ahmad sabirin ali azizan, suamiku