Wednesday, August 17, 2011

selepas sembilan minggu (nak masuk 10 minggu :p)

salam ramadhan rakan rakan.
macam mana dah separuh ramadhan?
cepat kan masa berlalu?

pengalaman pertama berpuasa sbg isteri dan sudah semestinya bertanggungjawab utk melayan suami mengajar saya banyak perkara.


saya dah mula MEMASAK!!! weeeee.
(kalau fikah ni sure terkejut kalau tau sy memasak :p)

untuk mula mula masak simple simple je la kan.
tapi saya takde pulak nak amek gambar apa yg saya masak. malu lah.
amatur punya food presentation tau tau je la.

tapi perasaan bila suami cakap, "thanks b for the food" adalah surreal!!!!!
tak sangka saya dah boleh diharap (selama ni dok berharap kt orang lain je :p)



meh saya share sikit aktiviti harian saya sepanjang bulan ramadhan ni :D

4.30 pagi: bangun dan masak sahur (dah siap siap fikir nak masak apa untuk sahur sebelum tidur lagi)

5.10 pagi: kejut suami dan makan sahur

5.45 pagi: kemas kemas dapur, mandi, solat, dan siap siap untuk ke pejabat.

6.45 pagi: naik komuter ke kl

7.45 pagi: sampai office

4.30 petang: pecut balik

6.00 petang: kalau sempat saya akan masak untuk berbuka, tapi most of the time adalah tak sempat sebab KTM lembab kadang kadang sampai rumah pukul 7, so saya dan suami memilih juadah di bazar sahaja. :D

7.30 malam: azan!!! jom berbuka!!!

8.00 malam: mandi, solat maghrib, mengaji, solat isyak, solat terawih (saya belum berkesempatan untuk jemaah di masjid. jemaah di rumah berimamkan suami sahaja)

10.00 malam: goreng kudap kudap atau makan dessert yg di beli di bazar tadi dan makan sambil lepak tengok tv dalam bilik. (masa ni lah suami agak meminta2 :p. nak buah la, nak air oren la, nak teh o ais la, nak cereal la. hehe. tapi saya seronok :D)

12.00 malam: baca doa tidur ye rakan rakan.



takde la beza mana nak banding dengan bukan bulan puasa, tp yg lain nya adalah sy berpeluang untuk memasak di bulan ramadhan ni since MIL ke mekah menunaikan umrah sampai raya, so kena la pandai pandai nak makan sendiri kan.
kalau MIL ada, fuuuhhhhhh makan!! terbaek!!!! (thanks ma! :D)
walau macam mana pun, mana boleh ada orang lawan mak sendiri masak kan? ibu!! next week along balik!! masak sesedap yeee!!





"bb abe ni pandai laaa" - suamiku, Ramadhan 2011


3 comments:

pikahbaik said...

awk kan memang reti masak, so apa nk terkejutnya :)
selamat hari raya yang!

.filzah. said...

eh ye ke?
bukan anis ngn ida ngn lina je pandai masak?

selamat hari raya!!! nanti sy beraya ke melaka yeeee :D

PIKAHCUN said...

bukan x pandai tp malasssssss hahahah