Tuesday, July 14, 2009

kiblat

Umat Islam di Malaysia boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini jam 5.28 petang.

Timbalan Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said berkata arah kiblat boleh disemak pada hari berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari itu kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Makkah yang menjadi kiblat umat Islam.

"Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya," katanya ketika merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri di sini, semalam.

Katanya, perubahan satu darjah saja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer. � Bernama

sumber:- berita harian

No comments: