Wednesday, March 2, 2011

Checklist

3 bulan dan 2 hari sebelum hari yang ditunggu-tunggu dalam hidup aku.

So, sekarang ni macam nak share sikit la my wedding checklist.

I've my wedding book. Everything's in that book. So jangan la siapa2 ada niat nak curi ye.

Jom tengok apa progress setakat ini.

Subject

Details

Progress

Majlis

Location

Buat di rumahku syurgaku.so tak payah la nk kena booking bagai kan :D

Kanopi

Yang ini abah yg akan setelkan. Tp aku mcm risua sikit.sbb on the same date dgn majlis aku, dah sah2 bnyk gila wedding lain. Cuti sekolah la katakan. Harap2 abah dah booking. Tak nk Tanya, nnti abah cakap, "orang tau la" :p

Hidangan

Gotong royong amalan mulia. Ibu dan orang2 kuatnya akan ambil alih tugas ini.

Hidangan pengantin

Makngah aku yg sebelah rumah masak sedap gila wo. So dia yg akan masak dan bab hias menghias, serahkan pada ibu tercinta. Jgn tak tau, kalau cousin2 aku kawen, khidmat ibu sangat la diperlukan utk hias makanan pengantin ni.

Kek

Ibu tempah dgn sahabat karib nya.

Me

Baju nikah

Me-dah tempah. Tapi ntah bila la nk start buat. Tak sempat nk pergi buat spot check. Kuantan kot. Bb-belum lg :p

Baju sanding

Sama seperti di atas.

Aksesori

Dalam satu pakej. Tp tudung mcm nk beli sendiri. We'll see nanti mcm mana.

Make-up

Dah book utk nikah + sanding.

Bunga tangan

Setel

cincin

Cincin saya bakal MIL dah beli. Tapi cincin utk bb tak beli lagi. Bb kata tak kesah ada cincin ke tak. Tapi ibu suruh kasi jugak cincin kat bb. Hayooo..nak duit bu? :D

Deco

Pelamin

Dah book. Concept pelamin aku simple je. Tak nak cakap kat sini nanti tak surprise. :D

Bilik

Yang ini, ibu paling tak bersetuju kalau aku hire orang utk hias bilik. Ibu cakap, dia nk hias sendiri pakai barang2 sendiri.

Meja pengantin

Yang ini takpa hire orang. :P booked.

Meja tetamu

Tak sure. Mcm mana ek ibu? Kita suruh tetamu dok bersila je la kot? Senang tak yah hias2 :p

hantaran

Pada mulanya aku ingat aku nak buat sendiri. Eceh mcm la pandai sangat kau tu nk menghias. Tapi takde masa la pulak. Semenjak dah ada kerjaya ni. Ecececececece. So aku hire cuki dari chermin arts utk hias menghias hantaran.

Dan ada extra atas hantaran tu. Apa dia? Itu rahsia aku dan ida. Haha :p

Gambar

Photographer

Dah book. Tapi book mulut. Orang nak kasi deposit, si dia ni tak nak la pulak.

videographer

Erm…tak fikir lagi pasal ni. Perlu ke ek?

Kad

Dah bayar deposit. Tunggu diaorang tunjuk final design dulu baru aku bayar lagi balance.

Cenderahati

Tetamu

Ibu yg setelkan. Apa cerita ibu? :p

Pihak lelaki

Sama seperti di atas

AJK

Sama la jugak

Lain2

Pengapit

Saya sudah ada pengapit! So cik pengapit sila la study tugas2 pengapit ye.

Penanda jalan

Tak fikir lagi. Perlu ke nak tempah bagai? Buat pakai word sudeyyy kot? :p

HIV test

Belum lg. kena tunggu bb setelkan dgn jais dulu. Baru aku boleh proceed dgn kt jaip.

Flower girls

Jawatan ni masih kosong. Ada siapa2 nk apply?? :P


Itu saja lah update utk kali ini.

Stay tune utk update yg lain okay.. J

Bye..

p/s: bb is coming back on Friday!!! Cant wait!

3 comments:

hanizahanim said...
This comment has been removed by the author.
hanizahanim said...

pjah,ko kne siapkn stu khemah utk smstarian lah.haha:p

pijah said...

hahah. tu la...adoii.aku dah cakap ngn mak aku, ni kalau budak sekolah datang ni mahu ribut semua khemah kalau letak asing2.. pastu mak aku ckp, bdak skolah aku duduk bersila atas lantai je. haha :P