tersentuh ble bace entry dr abg aizam...
to abg aizam, sy copy ek entry tu...heehe..
credit to abg aizam
Saya kaya!! Awak apa ada??
Salamun Aleyk'Wah!! Besarnya rumah tu!! Wah!! Cantik nya kereta tu!!Wah!! Canggih la telefon bimbit dia!! Hurmm.. Alhamdulillah, segala puji dan syukur kita panjatkan pada Allah atas segala nikmat dan rahmatNYA.
Hari ini ramai diantara kita yang hidup dalam suasana yang sedikit mewah berbanding yang lain. Ramai dikalangan muslim hari ini mempunyai kekayaan yang saya kira sangat bertuah. Ramai usahawan usahawan, peniaga peniaga muslim yang kaya raya.
Alhamdulillah ini cukup baik, kerana kita sememangnya perlu pada mereka yang kaya ini. Perlu?? Untuk apa??
Mari kita singkap kembali sirah rasulullah s.a.w. Secara umumnya, ramai dikalangan sahabat baginda s.a.w yang kaya raya sebagai contoh Uthman Bin Affan, Abdul Rahman bi Auf, Abu Bakar As-Siddiq.
Tidak perlu digambarkan betapa kaya raya sahabat sahabat ini. Subhanallah, memang sangat kaya. Digambarkan, di dalam buku Fiqh al-Sirah, Dr. Munir Muhammad Gahdban telah membawakan sebuah riwayat bagaimana Rasulullah S.A.W. telah mengatakan: "Jika kamu memberikan pasir kepada Ibn Auf, nescaya dia akan berupaya menukarkannya dengan emas".
Betapa kayanya sahabat rasulullah s.a.w. Lebih kaya dari kita hari ini. Jika kita berupaya memandu sebiji BMW, saya kira Ibn Auf mampu belikan 100 buah BMW untuk orang lain sesuka hatinya. Namun ini tidak berlaku. Apa yang berlaku??
Para sahabat ini hidup dalam penuh ketaatan merendah diri pada Allah s.w.t. Tidak pernah meninggi diri, tidak pernah menyombong diri, tidak pernah berbangga dengan harta kekayaan ini. Kenapa ini berlaku?? Sedangkan mereka lebih kaya dari sesetengah kita yang kayanya cuma 1% dari kekayaan sahabat ini namun sudah lupa diri.
Kerana mereka faham dan sedar. Itu bukanlah hak mereka. Kerana mereka sedar siapa yang memberinya. Saudara, Islam sesekali tidak pernah melarang umatnya untuk menjadi kaya. Tidak pernah sama sekali. Tetapi apakah kekayaan yang Allah beri ini kita gunakan ia pada jalan yang betul?
Apa kekayaan bergudang gudang ini bila kita mati ditanam bersama sama kita? Kekayaan, harta yang banyak, semua ini datangnya dari Allah. Maka kembalikanlah rasa syukur ini pada Allah. Belanjakanlah harta yang banyak ini pada jalan Allah.
Jangan pernah sesekali bangga diri, sombong dan bongkak dengan harta ini. Ketahuilah, bila bila masa, dimana saja, Allah berupaya mengambil segala kekayaan ini sekelip mata. Apatah lagi bila malaikat datang mencabut nyawa, tidak ada gunanya harta yang banyak ini jika tidak pernah guna pada jalan NYA.
Disclaimer: Sekadar perkongsian untuk diri sendiri dan sesiapa yang membaca. Harta yang paling Allah suka bila ia diguna pada jalan Agama. :)
p/s:- muhasabah diri.......
p/s:- thanks also to bb...sbb bwk aku lbey knal ngn golongan2 yg sama ngn pmpuan bmw putih tu... bb ckp, mmg bnyk org cm ni...cume disbbkn aku baru nk kuar dr tempurung ke dunia realiti, sbb tu aku mcm terkejot gile ble ade wujud golongn seangkatan pmpuan bmw putih tu....
haih...harap2 x jmpe lg....
5 comments:
ape lagi.. forward posting ni kat so gadis BMW tu.. mau sentap ..!!!
trus kua mmu w/pon x grad2 lagi
dipetik dr cite sang murabbi (credit to abg aizam jugak sbb b'kongsi ms meeting lps:P):-
oDua perkara yang kita perlu lupakan
1)orang buat jahat kepada kita (spy kita x simpan dendam)
2)kita buat baik kepada orang lain
(spy kita x mengungkit di kemudian hari~)
oDua perkara yang kita perlu sentiasa ingat
1)bila kita buat jahat kepada orang lain
2)bila orang lain buat baik kepada kita
mmg mudah utk memaafkan sesorg tp sukar utk melupakan ape yg die tlh lakukan kt kite..jd rakan2,marilah kite sme2 lapangkan hati utk 'forgive & forget':)
p/s: smoga ALLAH memberkati kehidupan sy,dia & kalian~
peace no war(^^,)v
wafaa:- mekaceh...muah..muah...
ala wafaa...ramai kot bebudak sekarang termasuk aku..tak ingat ape yg mcm ko post tu
even, berpaa ramai dak yang baca doa bagun tidur or doa masuk toilet hari2????
ingat benda lain adelah...tapi bagus sebagai 1 usaha berdakwah...
manusia tu selalu lupa..hendaklah saling mengingati sebagai tanda kasih sayang 1 sama lain =)
caiyok2 !!!!
ya betol!!!!!!!!!!!!!!!~~~~
Post a Comment